Sabtu, 17 Januari 2015

Ada Anak Semudah ABC

Anaqi ibu sayang..........,

Dulu sebelum lahirnya Anaqi,ibu rasa ada anak ni mudah sangat...mengandung,melahirkan..,bila dah lahir bagi makan,bagi minun,basuh berak,bagi mandi,jaga pakai dah selesai tugas seorang ibu....
Rupa-rupanya tak semudah yang ibu fikir...hihihi. Bila dah mengandung,mula la alahan yang macam-macam. Tak lalu makan, muntah-muntah, mudah terasa hati sakit-sakit yang pelik dan macam-macam lagi la. Bila nak melahirkan pulak, sakit contraction yang maha dahsyat. Lepas melahirkan nak kena jaga luka episiotomy, jaga badan, kawal diri daripada mengalami baby blues(meroyan), dalam masa yang sama kena jaga baby yang menangis tak kira masa dan berjaga malam. Jadi macam kejutan budaya pulak bagi ibu...hehehe. Masa lahirkan Anaqi, dua kali luka episiotomy ibu terkoyak. Bab baby blues pulak sampai hari ni ibu still rasa, cuma dah makin kurang. Masa berpantang ada sekali ibu turun darah, demam dua hari...pengalaman semua tu. Waktu tu, baru ibu sedar kenapa Allah letakkan syurga di bawah tapak kaki seorang ibu. Ibu rasa pengorbanan maktok pada ibu terlalu besar, tak terbalas semua jasa-jasa maktok pada ibu...ibu tak mampu balas semua pengorbanan maktok :'(  Walaupun ada anak ni tak semudah yang ibu sangka tapi, bila ibu lihat wajah Anaqi, ibu rasa bahagia sangat, rasa bersyukur sangat...ibu rasa macam ibu lah manusia paling bahagia di muka bumi ni. Ibu nak Anaqi sentiasa ingat, Anaqi lah nyawa ibu...kasih dan sayang ibu pada Anaqi tak berpenhujung.

Ibu sayang Anaqi

Khamis, 15 Januari 2015

Mulai sekarang.......................

Mulai saat ni...aku akan hapdate blog ni, macam aku tulis surat pada Anaqi dan suami aku.....Lagipon blog ni bukan ada orang yang view pon. Even aku tau takda sapa yang view aku tetap nk teruskan blog ni sebab ni la cara aku nak kongsikan semua yang aku lalui dengan Anaqi dan sikit-sikit dengan suami aku

*************************************************************************************

Anaqi sayang....,
Ibu lahirkan Anaqi secara normal(SVD with Episiotomy)...tapi ibu di induce. Sakitnya Ya Allah, terlalu sakit. 16jam menahan sakit contraction baru Anaqi lahir ke dunia yang penuh cabaran ni.
Mesti Anaqi tertanya-tanya kan,kenapa kena induce? Sebab low fetal movement(pergerakan Anaqi kt dalam kandungan ibu kurang). Sebenarnya, ibu pon tak pasti pergerakan Anaqi kurang ke tak sebab hari tu Anaqi telalu kerap mengeras. Jadi, ibu tak pasti,yang tu dikira pergerakan atau tak. Time weekly check up kt klinik Padang Ibu,bila nurse tanya, ibu bagitau la Anaqi punya pergerakan kurang at the same time nurse tu detect pulak ada contraction(mengeras). Terus nurse tu buat surat refer Hospital BM. Bila dah sampai HBM trus admit wad 2 (8/12/2014). Doktor cakap nak induce sebab low fetal movement...diorang takmau tanggung any risk klu tak induce. Ibu dengan ayah bincang dan fikir...then kami setuju untuk induce.

9/12/2014 tepat jam 11pagi ibu di induce, selepas 30minit kesan induce mula terasa...tapi sikit-sikit ja. Tengah hari tu ibu still boleh makan laksa lagi untuk last time..hihihi. Ketawa jer mak tok tengok ibu time tu. 5.30petang, doktor periksa ibu punya bukaan...yang sedihnya,still takda bukaan. Jadi doktor koyakkan sendiri guna tangan. Lepas je doktor koyak tu, sakit makin kuat...7.30peang,waktu melawat dah habis, maktok dengan ayah kena balik,tinggal ibu sorang-sorang menahan sakit kat dalam wad tu. Malam tu,sakit makin kuat...sumpah,ibu tak kuat untuk menahan kesakitan tu. Pukul 11.30malam, bukaan baru 2cm.Lambat lagi nak sampai 10cm... :( Nurse cakap kalu still 2cm sampai esok pagi, esok 11pagi doktor akan induce untuk kali kedua... Ya Allah, sakit yang maha dahsyat macam ni pon masih nak kena tunggu sampai esok ka? Ibu call ayah nangis-nangis tak tahan sakit...call mak tok nangis-nangis mengadu sakit. Pukul 1.30pagi sakit makin kuat dan kerap...sampai nak bajalan pon dah tak boleh. Tapi bukaan baru 3cm. Waktu tu ibu nekad, pergi toilet, push(meneran) bagi terbuka. Tapi sakitnya, menggigil satu badan...ibu push sendri sampai keluar darah dan lendir berketul-ketul...Lepas tu, memang rasa tak boleh nak berjalan,rasa macam nak merangkak ja balik ke katil. Jam baru pukul 2pagi...Ya Allah..lambat lagi nak pukul 3.30pagi. Ibu rasa jam bergerak terlalu lambat. Disebabkan terlalu sakit, pukul 2.30pagi ibu mintak nurse periksa bukaan ibu lagi sekali...Waktu tu ibu nekad kalu masih 3cm, ibu nak minta di operate. Tapi, alhamdulillah....bukaan dah 5cm, jadi ibu dah boleh masuk labour room. Terus call ayah suruh datang hospital. Lepas bertarung nyawa dalam labour room, pukul 4.17pagi(10/12/2014) Muhammad Aathif Anaqi lahirlah ke dunia ni. Terus nurse letak Anaqi atas dada ibu tanpa dibersihkan dulu. Walaupun Anaqi masih belum dibersihkan, tapi...bau Anaqi wangi sangat...Bila tengok ja wajah Anaqi, hilang semua sakit yang ibu rasa tadi.

Anaqi sayang.......,
Ibu sayang Anaqi sangat-sangat <3

Malas...........

Tajuk pon dah malas so,auku malas nak bermukadimah segala bagai ni. Dah bekurun aku tak hapdate blog aku ni...bukan setakat dah bersarang tapi dah berkerak,berdaki dah pon. Sebenarnya ada sebab kenapa aku start hapdate blog ni balik...Lepas dah berzaman aku nak kongsi cerita dan pendapat kat sini, sekarang ni aku dah kahwin pon. Aku nikah 31 Januari 2014 dengan Mohd Dani Bin Md.Isa.
And now...aku dan suami dah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Aathif Anaqi Bin Mohd Dani...Ekceli hr ni dh 37 hari aku dalam pantang. Tinggal 8hari je lagi untuk aku merdeka!!!!

 Ni la hasben aku.... <3


Ni pulak aku punya Sonshine... <3

Okeh,okeh...tujuan aku berbelog ni balik,sebab aku nak share semua yang aku lalui dengan permata hati aku Aathif Anaqi. Semoga suatu hari nanti..bila Anaqi dah besar,dia boleh baca semua yang aku nak sampaikan pada dia...Aku nak dia tau setiap hela nafas aku hanya untuk dia, setiap apa yang aku buat adalah demi dia. Aathif Anaqi bermaksud Seorang yang berbelas kasih dan keindahan yang menawan hati...

Kenapa aku pilih nama tu?Sebab aku mengharap kan anak aku ni akan bersikap berbelas kasih dengan semua makhluk Allah,mengharapkan sesiapa saja yang melihat atau bersama-sama dengan anak aku ni akan merasa berbelas kasih terhadap anak aku, jadi..setiap urusan anak kau akan jadi mudah. Anaqi yang membawa maksud keindahan yang menawan hati pulak aku pilih sebab aku mengharapkan anak aku ni akan memiliki rupa,hati,sifat yang indah,yang cantik,yang segak...

Kebanyakan orang panggil anak aku Aathif...abah aku pulak panggil Muhammad. Disebabkan takda sapa yang panggil Anaqi,aku nak panggil Anaqi la...

Ahad, 30 Jun 2013

gado-gado ke gadoh-gadoh

Taraaaa!!!!tajuk cm hampeh lg kan?tp apa aku kesah...ni kan entri aku,ikot aku la nak letak tajuk apa pon ka?hahaha...tudiaa,dok buat angkuh pulak..hehe.
Sebenarnya sempena dengan kekalahan JDT malam td,tetiba terdedah terbuka pintu hati nak kongsi pasal hal 'gado-gado' ni...
Korang perasan tak kita ni,bila tak sependapat ja mesti nak jadi musuh...contoh macam kes JDT lawan Kelantan malam tadi la...adat bertandingla ada menang,ada kalah...yang menang toksah dok buat cempeqa a.k.a meroyan sangat...sampai kan selang setengah jam dok hapdate pasal kemenangan tu kat pesebuk la,insetageram la,tuwiter la..serabut kepala mak ni nak... yang kalah pulak kena terima la kekalahan tu..next time boleh lawan lagi..tapi yang tak sempoi nya..sebab benda macam ni pon nak bergaduh,bermusuh...chill la der,benda kicik saja maaa...apadehal??? Tak kesah la yang menang ka,yang kalah ka..dua-dua mau chillek ar..baru setai...haha.
Tu ja sebenarnya aku nak cerita...sebab utama kenapa aku cerita pasal ni adalah kerana....saja nak hapdate belog sejuk aku ni..belog sejuk hokeh!bukan cool blog... okeh,malas nak taip dah...daaaa

Selasa, 22 Januari 2013

Toleh la ke belakang sama

Untuk entri kali ni...aku just nak bagi pandangan dan pendapat tentang apa yang aku rasa ja...So,kepada sapa2 yang rasa eku ni entah hapa-hapa...terserahla =). Malaysia kan demokrasi, so...ik0t aku la aku nak bagi oendapat yang macam mana pon kan....Ok,ok, sebenarnya aku nk cerita kat korang pasal satu bab yang aku paling menyampah kat facebook. Aku selalu perasan member2 aku kat facebook yang dah kahwin, kadang-kadang yang baru bertunang p0n dua kali lima ja...boleh dikatakan hari-hari update status pasal rumah tangga...tapi tak kesahla kan, mungkin dorang nak kongsi ilmu dengan rakan-rakan dorang yang lain termasuk aku...cuma, yang buat aku menyampah ni, ada sesetengah manusia kat facebook dok tunjuk alim semacam...padahal, dulu msa sebelum kahwin..Ya Allah...Tuhan je la yang tahu. Tup,tup hari ni bru kahwin tak sampai setengah tahun dah update status mengalahkan 'Ustazah Pilihan' punya status. Aku bukan jeles sebab depa dah kahwin ataup0n sebab aku ni jahil sangat. Tapi bagi aku, kalau kita nak kongsi ilmu, lebih baik perbetulkan diri sendiri habis-habisan dulu.
Mai cheq nak bagi contoh kat ampa semua status2 depa tu :
  • "Kalau nak serahkan cinta dan hati, biarlah kepada dia yang berhak dan halal..iaitu SUAMI. Janganlah perempuan-perempuan menyerahkan cinta pada Si Kekasih yang belum tentu jodoh kita" (Caittt...!!!dulu hang p0n bercinta 4,5 tahun jugak kot dengan hasben hang...macam aku tak tau)
  • "Kepada sahabat-sahabat, kalau rasa duit banyak sangat, kahwin je la..tak payah la dok jalan-jalan cuti-cuti Malaysia sangat dengan buah hati anda. Lebih baik kahwin, then cuti-cuti la satu dunia p0n dengan hasben anda kerana itu pahala. Bercuti bersama buah hati itu adalah dosa" ( Bagi aku, benda common and simple cam tu, hang tak perlu nak explain kot...zaman sekarang, semua orang sekolah & pergi sekolah agama@arab, so benda2 simple cam tu suma orang dah tau...cuma nak buat atau tak ja. Yang dulu masa hang bercinta bertahun-tahun takkan dok umah ja hari-hari...yang time bertunang hang dok update pi suka ria dengan si tunang hang tu apa kes?)
Untuk pengetahuan semua, entri ni bukan ditujukan kepada seorang yang tertentu ya...Tapi untuk ramai orang. Aku bagi dua contoh je la...kalau nak diikutkan banyak lagi..Tapi nanti korang boring plak baca entri panjang-panjang. So, moral of the entry...hehehe, kalau nak k0ngsi ilmu, pilihla cara yang terbaik...mungkin boleh uploadkan video-video Ustaz Azhar Idrus ka, tak perlu la nk tunjuk bagus sangat...dan yang paling penting, sbelum nak p0st benda2 yang macam tu kat facebook, toleh-toleh la ke beleakang, tengok balik apa yang kita baru ja buat kelmarin....
Peace No War....Sekadar pendapat, betulkan jika silap

Masalah sosial kot...ye ke?

Hurmmm...taktau cmna nak explain kat korang semua. Tapi bagi aku masalah aku ni agak besar...ekceli, setiap kali member2 ajak aku keluar @ lepak2..hati aku mesti berat je nk kata ya...tapi di sebabkan tak mau orang kata aku ni kategori monyet kera sumbang yang bersaudara dengan kodok katak di bawah tempurung, aku ikutkan jugak walaupun hati aku ni agak,bukan agak lagi dah...tapi memang berat p0n nk join diorang tu...hasihhh. Kadang kala, patik teringin nk jadi macam member patik iaitu Hani Damha ...beliau sangat peramah dan mesra...serta sangat suka jikalau diajak untuk lepak2 atau berjalan2 telan makan angin...
Help me...help me...pelissss,knapa aku anti sosial sangat ni...tapi yang pastimya ini semua bukan salah ibu mengandung yer...
Diharapkan sapa2 yang ada cara untuk mengatasi masalah kesihatan aku ni,bg la tips2 yg berkesan yer... (^_*)

Sony Xperia TX Pink


FYI....ceewwaahhh,hihi..henp0n cabok aku(ala yg bleh call ngn msg je tu...yg xda kaler2 tu) da rosak sbb aku baling time gaduh ngn koqa@bf aku hr 2...henp0n sony vivaz aku plak taktau pasai pa sjak partner dia 'si cabok' rosak...dia p0n asyik dk bt demonstrasi jalanan kt aku..letih mak ni nak..hasihhhh.
So...tetiba aku feeling bnyk duet sat..rsa cm nk bli henp0n bru ja....then, aku p0n g0ogle & bka youtube...search la henp0n2 mna yg padan ngn the gojes 0ne like me ni..hihi. Mula2 aku bkenan Samsung Galaxy S3..al maklumlah,skrg ni kn trend suma org tgh gila dok pkai henpon samsung...tp bla trnampak phone ni, aku dh jat0h chenta pada mu wahai 'Sony Xperia TX' ...dh la kaler pink...aduhhh...mant0ppp.

Ni la...henp0n yg i tangkap feeling tuh.. :) 

chantek kn?kn?


ni lak 'Si Cabok' aku yg dh rosak

yg ni plak hr2 dok bt demonstrasi jalanan kt aku..hampeh btoi.

moga2 cuk0p la duet nk bli henp0n baru..hihihi..menggedik dh ni